Monday, 8 December 2014

Bible versi bahasa malaysia

Selain mereka yang berada di Malaysia Barat, terdapat ribuan lagi rakyat Sabah dan Sarawak yang tinggal dan bekerja di Selangor yang hanya mahir bertutur dalam bahasa kebangsaan. Eu merujuk kepada larangan menyeluruh yang disebut Majlis Agama Islam Selangor (Mais) dalam kenyataan media bertarikh 14 November apabila Bible yang dirampas awal tahun itu diserahkan kembali kepada penganut Kristian melalui Persatuan Gereja Sarawak.CFM melihat dengan penuh kebimbangan perenggan akhir kenyataan Mais yang berbunyi '... dan berharap pengedaran dan percetakan Bible yang mengandungi perkataan 'Allah' tidak lagi dibuat di Negeri Selangor, kerana ia satu kesalahan mengikut Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan Di Kalangan Orang Islam) 1988'," kata Eu.
Kenyataannya itu berikutan kenyataan Persatuan Bible Malaysia (PBM) semalam, yang marah dengan tindakan pihak berkuasa agama negeri itu mencetak cap peringatan dengan tulisan merah pada lebih 300 naskhah AlKitab (Bible Bahasa Malaysia) dan Bup Kudus (bahasa Iban) yang sebelum itu disimpan mereka selama 10 bulan sejak Januari.
Katanya, Archbishop Kuala Lumpur sebelum ini, Tan Sri Murphy Pakiam dan CFM, kedua-duanya pernah menyatakan penggunaan AlKitab yang mengandungi kalimah 'Allah' akan terus digunakan semasa upacara Kristian bagi mereka yang bertutur di dalam Bahasa Malaysia dan tinggal di Semenanjung.
"Memaksa penganut Kristian di Malaysia berhenti menggunakan AlKitab adalah bertentangan dengan Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan berhubung kebebasan beragama, di mana Klausa (3)(a) menyatakan 'semua agama berhak menguruskan hal ehwal agama masing-masing.'
"Ia merupakan satu ketidakadilan yang melampau terhadap penganut Kristian di Malaysia yang hanya menggunakan Bahasa Malaysia ketika beribadat dan untuk Bible mereka, dan menggunakan bahasa itu sejak berabad lama," kata Eu.
Sambil mengingatkan yang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berulang kali memberi jaminan akan menegakkan semangat penyelesaian 10 perkara yang dipersetujui sebelum ini, beliau menggesa kedua-dua kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri segera berusaha ke arah memastikan ia benar-benar satu penyelesaian, dan bukannya satu kepalsuan yang menyebabkan kekeliruan dan konflik yang tidak perlu.
"Perdana menteri dan Jemaah menteri pada 31 Oktober 2014 memberi jaminan yang penyelesaian 10 perkara itu akan dijelaskan kepada semua kakitangan awam dan terbaru pada 14 November, perdana menteri meletakkan 'masalah' berkenaan 'isu Allah' itu ke atas kakitangan awam dan memberitahu mereka yang rampasan dan sekatan bukan sebahagian daripada penyelesaian yang dijanjikan dalam surat beliau kepada CFM bertarikh 11 April 2011," katanya.
The Malaysian Insider melaporkan, pemimpin Kristian marah dengan cap yang dicetak di atas naskhah Bible itu sebelum ia diserahkan kepada penganut Kristian Sarawak bulan lepas.
Presiden PBM Datuk Ng Moon Hing menuntut pihak berkuasa agama Selangor memohon maaf kerana 'mencemar' Bible itu kerana Putrajaya, pada bulan March 2011, berjanji tidak akan mengulangi perkara itu selepas insiden sama di Sarawak melibatkan konsaimen bernilai RM70,000 yang ditahan di Pelabuhan Kuching sejak 2009. – 8 Disember, 2014.
MI

No comments: