Monday, 1 December 2014

Jual murah harga mahal

Pelbagai taktik dikesan digunakan pemilik pasar raya dan syarikat pengedar jenama terkenal untuk memperdaya pelanggan sempena kempen jualan murah.
Malah, peningkatan jumlah kes yang dikesan berlaku ketika musim jualan murah oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menunjukkan ada peniaga mengambil kesempatan setiap kali tiba kempen anjuran kerajaan ini.
Untuk membuktikan berlaku penipuan harga seperti diperkatakan beberapa pihak, wartawan BH membuat tinjauan ke beberapa pasar raya terkemuka di Kuala Lumpur bersama Timbalan Presiden Gabungan Persatuan- Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Mohd Yusof Abdul Rahman
naskhah BH 

No comments: